jobs and any other infos A Directory of Malaysians in Uni Of Birm

1. Bank Negara Malaysia

(information received from Mrs Rafidah Latif)

Peluang Kerjaya di Bank Negara Malaysia

                         Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan satu sesi pemilihan (preliminary interview) ke atas pelajar-pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di United Kingdom, yang berpotensi untuk ditawarkan jawatan di BNM.  Sesi temuduga dijangka diadakan pada penghujung September 2003 di United Kingdom.

 

2.                     Kriteria bagi calon-calon yang diperlukan adalah seperti berikut :-

 

i.                    pelajar-pelajar tahun kedua dan tahun akhir pengajian ijazah pertama atau ijazah lanjutan;

 

ii.                  mempunyai rekod pencapaian akademik dan kegiatan ko-kurikulum yang cemerlang;

 

iii.                mengikuti bidang-bidang yang berkaitan dengan BNM seperti perakaunan, ekonomi, sains aktuari, pentadbiran perniagaan dan lain-lain bidang berkaitan.

 

3.                     Sekiranya saudara/i berminat untuk menjadi warga kerja Bank Negara Malaysia, sila maklumkan kepada Puan Rafidah Latif melalui email rafidahl@bnm.gov.my atau Puan Haziah Jaya melalui email haziah@bnm.gov.my selewat-lewatnya pada 16 September 2003 (Selasa) dengan mengemukakan resume beserta salinan sijil-sijil pencapaian akademik dan lain-lain sijil yang berkenaan.  Hanya calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi.        

 

 

Peluang Mendapat Tajaan Dari Bank Negara Malaysia 

                        Adalah dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengadakan satu sesi pemilihan bagi menawarkan tajaan biasiswa ke atas pelajar-pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di United Kingdom.  Sesi temuduga dijangka diadakan pada penghujung September 2003 di United Kingdom.

 

2.                     Kriteria bagi calon-calon yang diperlukan adalah seperti berikut :-

 

I           Pelajar-pelajar yang masih belum mempunyai tajaan;

 

ii.         pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian ijazah pertama atau ijazah lanjutan;

 

iii.        mempunyai rekod pencapaian akademik dan kegiatan ko-kurikulum yang cemerlang;

 

iv.                 mengikuti bidang-bidang yang berkaitan dengan BNM seperti perakaunan, ekonomi, sains aktuari, pentadbiran perniagaan dan lain-lain bidang berkaitan.

 

3.                                          Pelajar-pelajar yang berminat, sila maklumkan kepada Puan Rafidah Latif melalui email rafidahl@bnm.gov.my atau Puan Haziah Jaya melalui email haziah@bnm.gov.my selewat-lewatnya pada 16 September 2003 (Selasa) dengan mengemukakan resume beserta salinan sijil-sijil pencapaian akademik dan lain-lain sijil yang berkenaan.   Hanya calon-calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi.

 

Sekian.